Wednesday, June 26, 2013

Hey! Pakailah topeng

Tak habis-habis lagi kisah jerebu. Sekejap ok, sekejap tak. Yang pasti, masih belum berlalu pergi. Semalam, sekolah seperti biasa. Walaupun tak ramai yang hadir, tapi masih ada yang hadir tanpa dibekalkan perlindungan. Kasihan budak-budak itu. Sudahlah perlu ke sekolah, dihidu pula asap jerebu yang kian menebal dari semasa ke semasa. Mujur keluar arahan supaya sekolah ditutup biarpun sedikit terlewat.

Dalam pada keadaan yang berjerebu itu, pagi-pagi bila cikgu nak hantar anak cikgu ke taska, cikgu bertembung dengan dua adiwira yang sangat hebat. Berjoging di tepi jalan tanpa apa-apa perlindungan. Adakah mereka ingat yang kelam-kelam itu ialah kabus pagi ala-ala di Cameron Highland? Hebat, bukan? Tak sakit kepalakah mereka? Makin sihatkah kalau berjoging dalam jerebu? Sungguh tak faham.

Hari ini, bacaan indeks jerebu kian pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kebanyakan sekolah bercuti. Ibu bapa disarankan jangan biarkan anak-anak anda keluar dari rumah untuk sehari dua ini. Kalau perlu keluar pun, paksalah nasihatkan mereka untuk memakai topeng. Mandilah dengan kerap dan cuci tangan sebelum makan supaya asap jerebu yang terperangkap di liang-liang roma dapat kita buang.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Cikgu Ana =P

Pemandangan berjerebu ini di rakamkan di sekitar Lembah Pantai pagi Ahad lalu =_="

No comments:

Post a Comment