Thursday, February 7, 2019

Muat Turun Divider RPH - Cuti Hari Pekerja 2019


Fail terdapat dalam dua orientasi - melintang dan menegak.
Klik pautan di bawah untuk memuat turun fail dalam bentuk pdf

Format: .pdf
Orientasi: potret (menegak)
https://www.dropbox.com/s/qq5h8bdf8dz85qa/hari%20pekerja%20potrait.pdf?dl=0

Format: .pdf
Orientasi: landskap (melintang)
https://www.dropbox.com/s/cqrggbv7zwnokew/hari%20pekerja%20landscape.pdf?dl=0

Muat Turun Divider RPH - Cuti Tahun Baru Cina


Klik pautan di bawah untuk memuat turun fail.

Format fail: pdf
Orientasi: landskap (melintang)
https://www.dropbox.com/s/p0old57r79ppdun/cny.pdf?dl=0

Format fail: pdf
Orientasi: potret (menegak)
https://www.dropbox.com/s/wt5d3saeyvi6rmg/cnypotrait.pdf?dl=0

Thursday, July 2, 2015

Kelas TMK 5T

Hari ini saya mengajar kelas 5Topaz, subjek TMK. Murid-murid 5 Topaz sangat kurang sabar kerana tidak boleh connect internet.


Wednesday, June 26, 2013

Hey! Pakailah topeng

Tak habis-habis lagi kisah jerebu. Sekejap ok, sekejap tak. Yang pasti, masih belum berlalu pergi. Semalam, sekolah seperti biasa. Walaupun tak ramai yang hadir, tapi masih ada yang hadir tanpa dibekalkan perlindungan. Kasihan budak-budak itu. Sudahlah perlu ke sekolah, dihidu pula asap jerebu yang kian menebal dari semasa ke semasa. Mujur keluar arahan supaya sekolah ditutup biarpun sedikit terlewat.

Dalam pada keadaan yang berjerebu itu, pagi-pagi bila cikgu nak hantar anak cikgu ke taska, cikgu bertembung dengan dua adiwira yang sangat hebat. Berjoging di tepi jalan tanpa apa-apa perlindungan. Adakah mereka ingat yang kelam-kelam itu ialah kabus pagi ala-ala di Cameron Highland? Hebat, bukan? Tak sakit kepalakah mereka? Makin sihatkah kalau berjoging dalam jerebu? Sungguh tak faham.

Hari ini, bacaan indeks jerebu kian pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kebanyakan sekolah bercuti. Ibu bapa disarankan jangan biarkan anak-anak anda keluar dari rumah untuk sehari dua ini. Kalau perlu keluar pun, paksalah nasihatkan mereka untuk memakai topeng. Mandilah dengan kerap dan cuci tangan sebelum makan supaya asap jerebu yang terperangkap di liang-liang roma dapat kita buang.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Cikgu Ana =P

Pemandangan berjerebu ini di rakamkan di sekitar Lembah Pantai pagi Ahad lalu =_="

Friday, May 4, 2012

Insensitive Kids




Hari tu ada anak murid jumpa saya. Dulu sebelum kahwin, kami berjiran. Jadi dalam ramai-ramai anak murid, dia sorang ja tahu saya dah kahwin. Dia murid saya tahun lepas. Tahun ni dia dah pergi sesi pagi. Makanya, dia teruja dapat jumpa saya buat pertama kali dalam tahun ni.

Tapi dalam banyak-banyak soalan, dia boleh tanya saya soalan cam gitu? Oh anakku... Tahukah kamu bagaimana baby boleh terhasil? kekeke. Jadi, saya jawab soalan dia dengan satu 'cubitan manja'. "ayat kamu macam orang tua-tua. Nenek saya pun tak tanya macam tu." Merah pipi dia akibat cubitan manja itu. kekeke. Budak-budak sekarang, fikiran mereka dah maju ke depan. Itu yang merunsingkan kita sebenarnya. Akibat kemajuan itu, hilang sudah sopan santunnya =)

xoxo

Wednesday, April 25, 2012

Bila Besar Nanti...

Budak sekarang pelik-pelik kan? Tanyalah apa cita-cita murid-murid sekarang. Penyanyi, pelakon, pengacara, model. Takde lagi yang nak jadi cikgu, polis, bomba. Ya, serius tak tipu. Budak yang sorang ni lebih pelik. Cita-cita nak jadi monster. Banyak sangat tengok Ultraman T___T

Wawasan 2020


Ingat lagi masa kita sekolah dulu, waktu pendidikan seni, cikgu mesti suruh kita buat lukisan fiksyen. Bayangkan kemajuan dunia pada tahun 2020. Apa yang kamu lukis? Mesti ada kereta terbang, orang pakai helmet ada antena, robot berkawan dengan manusia, alien tinggal di bumi, tren tak jalan atas tanah. Sekarang dah tahun 2012. Dalam banyak-banyak imaginasi yang kita fikirkan tu, monorel dan LRT sahaja yang dah direalisasikan. Robot tak berkawan dengan manusia tapi jadi hamba manusia yang membuatkan kita jadi lebih malas dan ramai yang mengalami obesiti akibat bergantung kepada robot dan mesin. Alien masih lagi alien yang tidak boleh disahihkan kewujudannya. Kereta terbang? huh... kereta atas jalan pun asyik kena panggil balik sebab salah spare part lah bagai.

Sebab tu silibus sekarang, tiada lagi soalan-soalan imaginasi seperti kita kecil-kecil dulu. Sekarang lebih realistik. Mungkin penggubal soalan kecewa dengan imaginasi beliau yang melampau-lampau dulu tak menjadi kenyataan. Tapi imaginasi itulah yang membantu kita jadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Budak sekarang? Tidak sekreatif kita. Nak buat macam mana. Tiada lagi mainan imaginasi. Yang mereka tahu, jawapan mesti ada depan mata tanpa mampu berfikir bagaimana mengapa jawapannya begitu.

xoxo