Wednesday, April 25, 2012

Bila Besar Nanti...

Budak sekarang pelik-pelik kan? Tanyalah apa cita-cita murid-murid sekarang. Penyanyi, pelakon, pengacara, model. Takde lagi yang nak jadi cikgu, polis, bomba. Ya, serius tak tipu. Budak yang sorang ni lebih pelik. Cita-cita nak jadi monster. Banyak sangat tengok Ultraman T___T

Wawasan 2020


Ingat lagi masa kita sekolah dulu, waktu pendidikan seni, cikgu mesti suruh kita buat lukisan fiksyen. Bayangkan kemajuan dunia pada tahun 2020. Apa yang kamu lukis? Mesti ada kereta terbang, orang pakai helmet ada antena, robot berkawan dengan manusia, alien tinggal di bumi, tren tak jalan atas tanah. Sekarang dah tahun 2012. Dalam banyak-banyak imaginasi yang kita fikirkan tu, monorel dan LRT sahaja yang dah direalisasikan. Robot tak berkawan dengan manusia tapi jadi hamba manusia yang membuatkan kita jadi lebih malas dan ramai yang mengalami obesiti akibat bergantung kepada robot dan mesin. Alien masih lagi alien yang tidak boleh disahihkan kewujudannya. Kereta terbang? huh... kereta atas jalan pun asyik kena panggil balik sebab salah spare part lah bagai.

Sebab tu silibus sekarang, tiada lagi soalan-soalan imaginasi seperti kita kecil-kecil dulu. Sekarang lebih realistik. Mungkin penggubal soalan kecewa dengan imaginasi beliau yang melampau-lampau dulu tak menjadi kenyataan. Tapi imaginasi itulah yang membantu kita jadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Budak sekarang? Tidak sekreatif kita. Nak buat macam mana. Tiada lagi mainan imaginasi. Yang mereka tahu, jawapan mesti ada depan mata tanpa mampu berfikir bagaimana mengapa jawapannya begitu.

xoxo

Tuesday, April 24, 2012

Siapa Ambil Tanah Kerajaan?


Ok, sangat kelakar. Latihan hari itu memerlukan murid mengisi tempat kosong dengan frasa yang sesuai supaya dapat membentuk ayat. Ayat sepatutnya ialah 'Mereka bertegur sapa sambil berjabat tangan.' Akan tetapi... ok... tak faham... Adakah dia membaca metro tatkala cikgu suruh salin daripada buku teks? Betul-betul tak faham. Reaksiku ketika menanda buku adalah seperti di atas. Serius =___="

xoxo

Monday, April 23, 2012

Baby Step

Semuanya memerlukan langkah pertama. Ini bermakna, taking it from a baby step is a must. Kita tak lahir-lahir aja terus jadi pandai.

Ya! Melukis dengan pen tanpa dakwat dan ada satu plastik leper di hujung mata pen tersebut bukan satu benda yang mudah. Perlu belajar dari mula. Stroke pun lari. Aish... Betul-betul langkah bayi =__="

xoxo

Assalamualaikum, Cikgu!

Oh, akhirnya tercipta juga satu lagi blog baharu! Kenapa? Tak tahu... Mungkin dah malas nak manage blog lama yang entahlah... Pelbagai entri telah masuk, jadi cacamarba dan sungguh tak cool. Nama saya, Cikgu Ana. Dan saya ialah guru pembimbing anda mulai saat ini. Bersedia untuk pengembaraan seterusnya? Tapi ingat, dalam apa yang kita buat, semuanya mesti A! Tiada B untuk berjaya, walaupun huruf awal untuk berjaya ialah B =_="
 

xoxo