Wednesday, April 25, 2012

Wawasan 2020


Ingat lagi masa kita sekolah dulu, waktu pendidikan seni, cikgu mesti suruh kita buat lukisan fiksyen. Bayangkan kemajuan dunia pada tahun 2020. Apa yang kamu lukis? Mesti ada kereta terbang, orang pakai helmet ada antena, robot berkawan dengan manusia, alien tinggal di bumi, tren tak jalan atas tanah. Sekarang dah tahun 2012. Dalam banyak-banyak imaginasi yang kita fikirkan tu, monorel dan LRT sahaja yang dah direalisasikan. Robot tak berkawan dengan manusia tapi jadi hamba manusia yang membuatkan kita jadi lebih malas dan ramai yang mengalami obesiti akibat bergantung kepada robot dan mesin. Alien masih lagi alien yang tidak boleh disahihkan kewujudannya. Kereta terbang? huh... kereta atas jalan pun asyik kena panggil balik sebab salah spare part lah bagai.

Sebab tu silibus sekarang, tiada lagi soalan-soalan imaginasi seperti kita kecil-kecil dulu. Sekarang lebih realistik. Mungkin penggubal soalan kecewa dengan imaginasi beliau yang melampau-lampau dulu tak menjadi kenyataan. Tapi imaginasi itulah yang membantu kita jadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Budak sekarang? Tidak sekreatif kita. Nak buat macam mana. Tiada lagi mainan imaginasi. Yang mereka tahu, jawapan mesti ada depan mata tanpa mampu berfikir bagaimana mengapa jawapannya begitu.

xoxo

2 comments:

  1. selamat petang cikgu ! ^_^"

    ngeee.. betul3.. dah takda dah imiginasi mcm zaman kecik2 dulu. kereta terbang tu famous.. haha =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Siapa yang tak boleh fikir kereta terbang masa tu, dia sangat katak bawah tempurung. Haha

      Delete